Tidak daya.dan kekuatan ku semua miliknya juga. Satu saat bila semuanya diambil tidak yang tinggal hanya tubuh yang lemah Dan tak bermaya.
Saat Kita sedih Kita rindu saat bahagia saat kita sepi Kita rindukan keriuhan orang-orang sekeliling saat Kita sakit Kita rindu saat Kita sejahtera.
Tapi apakan daya Kita hanyA insan Biasa yang pasti diuji dengan setiap apa yang tidak Kita inginkan.
Bila Ada ujian yang datang sebagai insan yang lemah sejauh Mana Kita Punya kekuatan untuk bersabar Dan parsah dalam menghadapi ujian.Hanya mereka yang pernah menghadapinya Alan mengerti Dan faham bila diuji.
Setiap ujian yang datang Ada hikmahnya cuma Kita mungkin tidak sedar kerana terlalu Banyak keluh-kesah Kita dalam mengharunginya.
Buat mereka yang sedang diuji dengan pelbagai musibah Semoga Kita dapat bersabar Dan memusabah diri memperbaiki segala salah Dan Silap kita semoga dengan kesabaran Kita Akanbertemu dengan penyelesaian atas setiap musibah yang menimpa Kita.
Percayalah setiap yang bernama mahluk manusia ingin yang terbaik Dan yang terindah dalam hidup Kita..jangan terlalu salahkan takdir kalau Kita tidak berusaha mengubahnya Dan sekiranya apa yang terjadi kepada Kita Sudah ditetap terimalah dengan hati yang redha Dan jadilah orang yang Sabar. Selagi Kita percaya setiap perkara yang terjadi Ada hikmahnya Kita pasti akan Ada kekuatan untuk menyelesaikannya.Jangan mudah lemah Dan mengalah ibarat kalau Kita terbenam dalam Lumpur sekalipun berusaha untuk bernafas .jangan cepat mengalah.
Apa yang penting jangan cepat mengalah walau apa yang datang Kita harus Punya kekuatan untuk berjuang Selagi masih bernafas Dan sebelum Mata terpejam untuk yang Terakhir.
damaicinta
Sunday, 28 May 2017
Thursday, 23 June 2016
SEAGATE PENANG VSS KUMPULAN KEDUA
Semua sudah maklum yang kilang Seagate Penang akan ditutup tak lama lagi dan kini pekerja Penang Seagate telah diberhentikan secara berperingkat, bermula kumpulan pertama yang diberhenti pada bulan September. Kumpulan kedua pada bulan december, kumpulan ketiga pada January kumpulan keempat march dan yang terakhir sekali pada bulan June.
Bagi kawan-kawan yang bakal meninggalkan Seagate pada bulan 12 ini sudah tinggal tak berapa hari lagi untuk mereka berkerja di Seagate. Menanti dengan penuh debaran tarikah keramat 21/12/2016dan 22/12/2016 dimana akan berakhirnya perkhidmatan mereka dengan Seagate. Bila saja kaki melangkah meninggalkan Kilang Seagate maka bermakna berakhir segalanya, apa yang ditinggalkan akan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah masing-masing. Pastinya bila kaki melangkah pergi bermakna akan bermula satu langkah baru dalam kehidupan diluar sana.
Bagi yang lama berkhidmat di Seagate tentu banyak kenangan yang dibawa bersama. Pahit manis masam kelat macam-macam rasa yang dirasa semasa bekerja di sini. Suka dan duka pernah dirasai bersama. Bukan sedikit tenaga yang dicurahkan dalam pembagunan industry dan teknologi yang dibangunkan oleh pihak syarikat penang Seagate. Kilang dah untung berjuta-juta..tapi sayang setelah banyak pengorbanan yang dicurahkan akhir pihak syarikat mengambil keputusan untuk menghentikan operasinya di Penang.
Suka atau tidak sebagai pekerja kita terpaksa akur dengan keputusan pihak syarikat. Bersyukur juga kerana walaupun diberhentikan tapi kita masih dibayar pampasan.
Bagi yang sudah lama berkerja berbaloi juga pampasan yang diterima. tapi yang baru bekerja macam aku ni agak-agak lepas laa dari lemas tu pun nyawa-nyawa ikan. Bagi mereka yang berpangkat sudah pasti tidak sama pampasan yang diterima . Tengok gaji mereka berapa kerja pun dah lama tentu lumayan juga. Mereka dapat ratus ribu kita dapat puluh saja. Tapi apa pun bersyukur sajalah rezeki masing-masing.
Nak cerita sikit hari tu masa mula-mula package VSS diumunkan macam-macam reaksi pekerja Seagate. Ada yang gembira ada yang sedih. Nak cerita yang sedih dulu
sedih sebab dah lama berkerja di Seagate fikir lepas ini nak cari kerja dekat mana maklumlah umur pun dan tua tentu susah nak cari kerja dekat tempat lain. Kalau dapat kerja pun mungkin gaji dah tak sama dengan gaji yang mereka dapat kat Seagate. Sudah berumur penyakit pun ada macam-macam takut minta kerja lepas tapi bila buat medical check tak lepas. Tambah susah hati kalau suami isteri kerja dekat Seagate. Banyak commintment mereka nak bayar rumah , kereta anak-anak sekolah dan macam-macam lagi. Tersenyum dibibir sekadar untuk sembunyikan risau di hati.
Ada seorang supervisor ni cerita dekat aku dia tak boleh tidur malan bila dapat tahu Seagate nak bagi vss . Aku ingatkan dia risau nanti nak cari kerja dekat mana tapi rupanya dia tak boleh tidur sebab fikir nak buat apa dengan duit VSS nanti..
macam tu pun ada. Seorang manager ni pula yang kerja dari rambut hitam sampai putih kepala dia kata tak tahu nak buat apa dengan duit dia dapat nanti. Nak saja aku cakap kat dia tak tahu nak buat apa tak apa lagi jangan sampai tak sempat nak guna duit tu lagi kacau. Dah laa kecil badan dia lagi kecil aku Nampak. tapi tak apa laa rezeki dia. Kalau dapat duit banyak tak tahu nak buat apa buat amal jariah saja laa
Ramai yang tak sangka yang Seagate industri akan menutup kilangnya di Pulau Pinang dan berpinah ke Korat Thailand. Kini proses memindahkan mesin-mesin untuk digunakan di Korat Thailand.
Keadaan kilang sekarang agak lengang kerana sudah banyak mesin yang dikeluarkan dan pekerja pula telah dibuang secara berperingkat. Selepas semua proses pemberhentian pekerja, pemindahan mesin kilang Seagate akan dijual. Buat masa ini ramai juga pihak yang berminat untuk membeli kilang Seagate tapi aku tak pasti syarikat mana yang bakal membeli kilang Seagate kerana ini merupakan rahsia pihak pengurusan. Mungkin banyak pihak yang berminat untuk membeli kilang seagate kerana kedudukannya agak strategies dan funsui yang agak baik bagi kepercayaan masyarakat china. Aku harap walaupun syarikat mana sekalipun yang membeli kilang Seagate nanti ianya akan bertahan lama dan mampu memberi peluang pekerja kepada masyarakat setempat dan seterusnya akan membantu pembangunan ekonomi negara kita.
Pada rakan-rakan yang mendapat vss bulan disember ini diucapkan Salam perpisahan dan selamat maju jaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Usah bimbang kerana setiap yang terjadi ada hikmahnya. Yakinlah pada ketentuan dan takdir yang telah tertulis untuk Kita.
Salam perpisahan teman andai ada kesilapan sepanjang pertemuan dan persahabatan Kita DC mohon maaf mungkin ada kekasaran bahasa dan tingkah laju semasa menjalankan tugas.
Andai ada sumur di padang
Boleh Kita menumpang mandi
Andai ada umur panjang
Boleh Kita berjumpa lagi
Duduk termenung dalam kamar
Melihat bulan di langit malan
Kalau bertemu bertanya Khabar
Hulurkan tangan Kita bersalaman
Pada rakan-rakan yang mendapat vss bulan disember ini diucapkan Salam perpisahan dan selamat maju jaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Usah bimbang kerana setiap yang terjadi ada hikmahnya. Yakinlah pada ketentuan dan takdir yang telah tertulis untuk Kita.
Salam perpisahan teman andai ada kesilapan sepanjang pertemuan dan persahabatan Kita DC mohon maaf mungkin ada kekasaran bahasa dan tingkah laju semasa menjalankan tugas.
Andai ada sumur di padang
Boleh Kita menumpang mandi
Andai ada umur panjang
Boleh Kita berjumpa lagi
Duduk termenung dalam kamar
Melihat bulan di langit malan
Kalau bertemu bertanya Khabar
Hulurkan tangan Kita bersalaman
LAKARAN KEHIDUPAN DI PENANG SEAGATE INDUSTRI
Assalamualaikum..
Masa terus berjalan dan tanpa disedari sudah lebih 5 tahun aku berkerja di Penang Seagate Industri. Mula bekerja di kilang ini di akhir tahun 2010. Walaupun dipermulaan kerja gaji tak seberapa tapi disebabkan kerja yang akan senang dan suasana kerja yang agak selesa menyebabkan aku terus berkerja disini. Syukur atas dasar kerajaan yang telah menetapkan dasar gaji minimun sebanyak Rm900 pada tahun 2012 maka dapatlah merasai sedikit perubahan tambahan pula kalau ada o.t dapat jugalah pendapatan lebih. Walaupun kerja shift 12 jam tapi aku masih mampu bertahan kerja di sini kerana sistem kerja 4 shift yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat, kerja 3 hari atau 4 hari dan cuti pun sam 4 atau 3 hari, campur tolak hari bekerja cuma 15hari. Kalau ambil cuti tahunan atau m.c lagi kurang hari bekerja.
Senangnya kerja aku kat kilang ni.. sebab tu ada pekerja senior yang bekerja sampai 20 tahun lebih di kilang ini, walaupun gaji tak banyak tapi yang penting kerja senang, tak tertekan dan cuti banyak.
Tapi dalam keselesaan aku dan kawan-kawan berkerja Seagate Industri ni kami kini menghadapi dilema kemungkinan kilang akan ditutup. Walaupun ada bayaran pampasan tapi masih ramai yang memerlukan pekerjaan untuk meneruskan kehidupan terutama mereka yang masih banyak komitmen yang harus ditangung.
Saat dan ketika ini walaupun belum ada berita yang jelas dari pihak pengurusan tentang penuntupan kilang ini namun khabar angin yang bertiup memang jelas yang kilang ini akan ditutup.
Saat ini hanya tunggu dan lihat dan bersedia atas apa juga yang bakal terjadi,
...
.
.
masa tak mengizinkan, lain kali aku akan update lagi ..bye2 terima kasih
Subscribe to:
Comments (Atom)
