LAKARAN KEHIDUPAN DI PENANG SEAGATE INDUSTRI
Assalamualaikum..
Masa terus berjalan dan tanpa disedari sudah lebih 5 tahun aku berkerja di Penang Seagate Industri. Mula bekerja di kilang ini di akhir tahun 2010. Walaupun dipermulaan kerja gaji tak seberapa tapi disebabkan kerja yang akan senang dan suasana kerja yang agak selesa menyebabkan aku terus berkerja disini. Syukur atas dasar kerajaan yang telah menetapkan dasar gaji minimun sebanyak Rm900 pada tahun 2012 maka dapatlah merasai sedikit perubahan tambahan pula kalau ada o.t dapat jugalah pendapatan lebih. Walaupun kerja shift 12 jam tapi aku masih mampu bertahan kerja di sini kerana sistem kerja 4 shift yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat, kerja 3 hari atau 4 hari dan cuti pun sam 4 atau 3 hari, campur tolak hari bekerja cuma 15hari. Kalau ambil cuti tahunan atau m.c lagi kurang hari bekerja.
No comments:
Post a Comment