Semua sudah maklum yang kilang Seagate Penang akan ditutup tak lama lagi dan kini pekerja Penang Seagate telah diberhentikan secara berperingkat, bermula kumpulan pertama yang diberhenti pada bulan September. Kumpulan kedua pada bulan december, kumpulan ketiga pada January kumpulan keempat march dan yang terakhir sekali pada bulan June.
Bagi kawan-kawan yang bakal meninggalkan Seagate pada bulan 12 ini sudah tinggal tak berapa hari lagi untuk mereka berkerja di Seagate. Menanti dengan penuh debaran tarikah keramat 21/12/2016dan 22/12/2016 dimana akan berakhirnya perkhidmatan mereka dengan Seagate. Bila saja kaki melangkah meninggalkan Kilang Seagate maka bermakna berakhir segalanya, apa yang ditinggalkan akan menjadi kenangan dalam lipatan sejarah masing-masing. Pastinya bila kaki melangkah pergi bermakna akan bermula satu langkah baru dalam kehidupan diluar sana.
Bagi yang lama berkhidmat di Seagate tentu banyak kenangan yang dibawa bersama. Pahit manis masam kelat macam-macam rasa yang dirasa semasa bekerja di sini. Suka dan duka pernah dirasai bersama. Bukan sedikit tenaga yang dicurahkan dalam pembagunan industry dan teknologi yang dibangunkan oleh pihak syarikat penang Seagate. Kilang dah untung berjuta-juta..tapi sayang setelah banyak pengorbanan yang dicurahkan akhir pihak syarikat mengambil keputusan untuk menghentikan operasinya di Penang.
Suka atau tidak sebagai pekerja kita terpaksa akur dengan keputusan pihak syarikat. Bersyukur juga kerana walaupun diberhentikan tapi kita masih dibayar pampasan.
Bagi yang sudah lama berkerja berbaloi juga pampasan yang diterima. tapi yang baru bekerja macam aku ni agak-agak lepas laa dari lemas tu pun nyawa-nyawa ikan. Bagi mereka yang berpangkat sudah pasti tidak sama pampasan yang diterima . Tengok gaji mereka berapa kerja pun dah lama tentu lumayan juga. Mereka dapat ratus ribu kita dapat puluh saja. Tapi apa pun bersyukur sajalah rezeki masing-masing.
Nak cerita sikit hari tu masa mula-mula package VSS diumunkan macam-macam reaksi pekerja Seagate. Ada yang gembira ada yang sedih. Nak cerita yang sedih dulu
sedih sebab dah lama berkerja di Seagate fikir lepas ini nak cari kerja dekat mana maklumlah umur pun dan tua tentu susah nak cari kerja dekat tempat lain. Kalau dapat kerja pun mungkin gaji dah tak sama dengan gaji yang mereka dapat kat Seagate. Sudah berumur penyakit pun ada macam-macam takut minta kerja lepas tapi bila buat medical check tak lepas. Tambah susah hati kalau suami isteri kerja dekat Seagate. Banyak commintment mereka nak bayar rumah , kereta anak-anak sekolah dan macam-macam lagi. Tersenyum dibibir sekadar untuk sembunyikan risau di hati.
Ada seorang supervisor ni cerita dekat aku dia tak boleh tidur malan bila dapat tahu Seagate nak bagi vss . Aku ingatkan dia risau nanti nak cari kerja dekat mana tapi rupanya dia tak boleh tidur sebab fikir nak buat apa dengan duit VSS nanti..
macam tu pun ada. Seorang manager ni pula yang kerja dari rambut hitam sampai putih kepala dia kata tak tahu nak buat apa dengan duit dia dapat nanti. Nak saja aku cakap kat dia tak tahu nak buat apa tak apa lagi jangan sampai tak sempat nak guna duit tu lagi kacau. Dah laa kecil badan dia lagi kecil aku Nampak. tapi tak apa laa rezeki dia. Kalau dapat duit banyak tak tahu nak buat apa buat amal jariah saja laa
Ramai yang tak sangka yang Seagate industri akan menutup kilangnya di Pulau Pinang dan berpinah ke Korat Thailand. Kini proses memindahkan mesin-mesin untuk digunakan di Korat Thailand.
Keadaan kilang sekarang agak lengang kerana sudah banyak mesin yang dikeluarkan dan pekerja pula telah dibuang secara berperingkat. Selepas semua proses pemberhentian pekerja, pemindahan mesin kilang Seagate akan dijual. Buat masa ini ramai juga pihak yang berminat untuk membeli kilang Seagate tapi aku tak pasti syarikat mana yang bakal membeli kilang Seagate kerana ini merupakan rahsia pihak pengurusan. Mungkin banyak pihak yang berminat untuk membeli kilang seagate kerana kedudukannya agak strategies dan funsui yang agak baik bagi kepercayaan masyarakat china. Aku harap walaupun syarikat mana sekalipun yang membeli kilang Seagate nanti ianya akan bertahan lama dan mampu memberi peluang pekerja kepada masyarakat setempat dan seterusnya akan membantu pembangunan ekonomi negara kita.
Pada rakan-rakan yang mendapat vss bulan disember ini diucapkan Salam perpisahan dan selamat maju jaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Usah bimbang kerana setiap yang terjadi ada hikmahnya. Yakinlah pada ketentuan dan takdir yang telah tertulis untuk Kita.
Salam perpisahan teman andai ada kesilapan sepanjang pertemuan dan persahabatan Kita DC mohon maaf mungkin ada kekasaran bahasa dan tingkah laju semasa menjalankan tugas.
Andai ada sumur di padang
Boleh Kita menumpang mandi
Andai ada umur panjang
Boleh Kita berjumpa lagi
Duduk termenung dalam kamar
Melihat bulan di langit malan
Kalau bertemu bertanya Khabar
Hulurkan tangan Kita bersalaman
Pada rakan-rakan yang mendapat vss bulan disember ini diucapkan Salam perpisahan dan selamat maju jaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Usah bimbang kerana setiap yang terjadi ada hikmahnya. Yakinlah pada ketentuan dan takdir yang telah tertulis untuk Kita.
Salam perpisahan teman andai ada kesilapan sepanjang pertemuan dan persahabatan Kita DC mohon maaf mungkin ada kekasaran bahasa dan tingkah laju semasa menjalankan tugas.
Andai ada sumur di padang
Boleh Kita menumpang mandi
Andai ada umur panjang
Boleh Kita berjumpa lagi
Duduk termenung dalam kamar
Melihat bulan di langit malan
Kalau bertemu bertanya Khabar
Hulurkan tangan Kita bersalaman
